Pakatan
Rakyat (Pakatan) sekali lagi mengulangi jaminan akan mereformasi sistem
pendidikan negara dengan memberi pendidikan percuma serta menghapuskan
pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika
membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Pakatan
mempunyai beberapa pendekatan untuk mengurus ekonomi antaranya mereformasi
pendidikan, meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurus sumber dengan baik
tanpa ketirisan.
“Malaysia perlu bertukar daripada ekonomi yang bergantung kepada
komoditi kepada negara modal insan yang inovatif dan kreatif. Caranya adalah
mereformasi sistem pendidikan, memberi pendidikan percuma dan menghapus PTPTN,”
katanya dalam forum “Bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat akan membelanjakan wang
rakyat” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCH), kelmarin.
Rafizi berkata, untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat,
Pakatan berhasrat melaksanakan gaji
minima RM1,100 yang dijangka dapat melepaskan rakyat daripada garis
kemiskinan.
Menurutnya, Pakatan juga akan mengurangkan kos sara hidup
antaranya penurunan harga minyak, cukai kereta serta penghapusan tol.“Sebahagian besar pendapatan rakyat dibelanjakan untuk membayar ansuran
kereta, membayar tol dan minyak. Jika kita dapat mengurangkan beban ini kita
dapat meningkatkan lebihan daripada pendapatan mereka,” katanya.
Kebajikan
Wanita
Mengupas mengenai kebajikan wanita, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr
Siti Mariah Mahmud berkata, Pakatan berhasrat membelanjakan sehingga RM4.5
bilion peruntukan dalam Belanjawan 2013, merangkumi Skim Caruman Wanita
Nasional (SCWN) yang menelan kos RM3 bilion dan Skim Elaun Penjagaan Anak
(SEPA) melibatkan peruntukan RM940 juta setahun.
Menerusi SCWN, beliau berkata, Pakatan berhasrat memberi caruman
sebanyak RM600 setahun kepada suri rumah sebagai persediaan keselamatan sosial
termasuk kematian suami, penceraian atau kurang upaya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago pula
menegaskan, kajian Bank Dunia menyatakan gaji minima RM1,100 Pakatan tidak akan
memufliskan negara. Katanya, dasar tersebut mampu mengurangkan penggunaan tenaga kerja
warga asing dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.
“Satu kajian lain di Indonesia pada 1990 merumuskan perlaksanaan
gaji minima bukan mengurang pengangguran malah dapat mewujudkan perniagaan
baru, peluang pekerjaan dan merapatkan jurang kekayaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment