Thursday 15 November 2012

JENTERA PENTADBIRAN DAERAH KENINGAU



1.0.             SEJARAH DAERAH KENINGAU SEPINTAS LALU

1.1.             Asal Usul Nama Daerah Keningau
Mengikut legenda, suatu masa dahulu Daerah Keningau ini ditumbuhi oleh pokok Koningau(bahasa dusun), iaitu pokok kayu manis dalam bahasa Melayu. Pada zaman pemerintahan British Charted Company, kayu Koningau(kayu manis) ini telah menjadi terkenal sebagai salah satu sumber perdagangan(rempah) mereka. Kerana nama pokok Koningau itulah nama daerah ini dipanggil  Keningau sehingga kini.

1.2.             Keluasan Daerah Keningau
Keluasan Daerah Keningau adalah 3,533 kilometer persegi. Terletak kira-kira 128 km di Selatan Kota Kinabalu dan terpisah oleh Banjaran Crocker. Bersempadanan dengan daerah Tambunan di bahagian Utara, daerah Kinabatangan dan Nabawan di bahagian Timur, dan daerah Papar dan Beaufort di bahagian Barat, manakala daerah Tenom di bahagian Selatan.

1.3.             Penduduk Daerah Keningau
Menurut Banci Penduduk Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2005, jumlah penduduk Daerah Keningau ialah berjumlah 180,100 orang, yang terdiri daripada  Kadazandusun 88,792 orang,  Murut 40,752 orang,  Cina 12,815 orang,  Melayu 10,325 orang,  Bajau 7,762 orang, lain-lain keturunan 19,651 orang. Warganegara Malaysia adalah seramai 160,000 orang, dan Bukan Warganegara Malaysia adalah 20,100 orang.


2.0.             SEJARAH PEJABAT DAERAH KENINGAU
Pejabat Daerah Keningau yang beroperasi sekarang ini adalah hasil daripada perubahan sistem pentadbiran peringkat daerah yang diperkenalkan oleh pentadbiran Inggeris, dan mula beroperasi dengan rasminya pada 22 Ogos 1962, iaitu setahun sebelum Sabah mengorak langkah baru dalam Kemerdekaan pada tahun 1963. Pada masa kini, Pejabat Daerah Keningau adalah dibawah naungan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah.

3.0.             FUNGSI PEJABAT DAERAH KENINGAU
3.1. Sebagai Perancang Utama Pembangunan Daerah;
3.2. Sebagai Pemimpin Dan Ejen Perubahan Di Peringkat Daerah;
3.3. Sebagai Penghubung Dan Penyambung Lidah Kerajaan;
3.4. Sebagai Pendokong Sistem Pentadbiran Yang Cemerlang Dan
        Pelopor Budaya Kerja Yang Positif Di Peringkat Daerah, dan
3.5. Sebagai Pelaksana Dasar-Dasar Umum Kerajaan Dari Masa Ke Semasa.

4.0.  PENGURUSAN STRATEGIK PEJABAT DAERAH KENINGAU

4.1. Visi
“ Menjadikan Daerah Keningau Sebagai Pusat Kecemerlangan Pengurusan Pentadbiran Dan Pembangunan Sosioekonomi Di Wilayah Pedalaman Menjelang Tahun 2020”

4.2. Misi
“ Meningkatkan Taraf Dan Kualiti Hidup Masyarakat Daerah Keningau Melalui Sistem Pengurusan Pentadbiran Dan Pembangunan Sisioekonomi Yang Maju, Cekap & Berkesan”

4.3. Objektif
4.3.1. Mengetuai pentadbiran daerah dengan memastikan pelaksanaan Sistem  Penyampaian Perkhidmatan Awam yang berkualiti dan berintegriti mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam(PKPA), Kod Etika Perkhidmatan Awam, Perintah Am, Arahan Perkhidmatan, Pekeliling-pekeliling Am Kerajaan, dan instrumen  MS ISO 9000;

4.3.2. Merancang, menyelaras, melaksana serta menilai Program Pembanguan Daerah selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Sabah;

4.3.3. Menyelaras usaha-usaha Majlis Daerah memajukan Pekan Keningau sebagai pusat komersil, perdagangan dan pelancongan yang serba moden dan menarik;

4.3.4. Memimpin dan menerajui usaha bersepadu bagi mewujudkan masyarakat luar bandar yang berdaya tahan, berdikari, berilmu dan mempunyai budaya kerja yang cemerlang selaras dengan usaha pemodenan dan transformasi desa dan pembasmian kemiskinan tegar;

4.3.5. Memimpin usaha menangani sumber semulajadi dan memelihara atau memulihara alam sekitar demi menjamin bahan mentah yang mencukupi demi keseimbangan pembangunan daerah;

4.3.6. Menggalakkan pelaburan sektor swasta khususnya dalam bidang pelancongan, perladangan dan perindustrian berasaskan sumber-sumber tempatan bagi pewujudan dan pengeluaran produk-produk baru serta bahan nilai tambah;

4.3.7.                   Mempastikan pembangunan modal insan yang memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi kepada masyarakat daerah Keningau khususnya para belia agar kompeten dengan keperluan pasaran tenaga kerja; dan

4.3.8. Menyelaras usaha bersepadu menjamin keselamatan daerah Keningau khususnya  dalam usaha menangani masalah Pendatang Asing  Tanpa Izin(PATI).

4.4. Slogan Organisasi
“ Kualiti, Kerja Berpasukan dan Mesra Pelanggan”

5.0.             KOD ETIKA PEJABAT DAERAH KENINGAU
Seluruh warga Pejabat Daerah Keningau hendaklah memahami, menghayati, dan mengamalkan kod etika pejabat seperti berikut:

5.1.             Amanah Dan Bertanggungjawab
5.2.             Komitmen Dan Dedikasi
5.3.             Bijaksana Dan Profesional
5.4.             Cepat Dan Tepat
5.5.             Telus Dan Adil
5.6.             Berakhlak Dan Berdisiplin
5.7.             Saling Menghormati Dan Kerja Berpasukan
5.8.             Mesra Pelanggan
5.9.             Bersyukur Dan Berbangga

6.0.             PIAGAM PELANGGAN PEJABAT DAERAH KENINGAU
·         Kami komited kepada perkhidmatan yang cekap, tepat, mesra dan berkualiti.
·         Kami memproses permohonan-permohonan atau tuntutan-tuntutan yang diterima daripada pelanggan dengan seberapa segera dengan syarat semua dokumen adalah lengkap, teratur dan mengikut undang-undang serta peraturan yang sedang berkuatkuasa.
·         Menyegerakan pelaksanaan projek-projek pembangunan luar bandar yang terletak dibawah bidang kuasa Pejabat Daerah Keningau tertakluk kepada adanya peruntukan yang diluluskan.

7.0.             CARTA ORGANISASI PEJABAT DAERAH KENINGAU
- Lihat di Lampiran A
8.0.             JABATAN/AGENSI KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN
8.1.             Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri – 23 buah
8.2.             Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan – 24 buah
8.3.             Badan Berkanun Negeri – 8 buah
8.4.             Badan Berkanun Persekutuan – 7 buah
* Lihat Lampiran A,B,C, & D(Senarai)

9.0.             SISTEM PERANCANGAN, PENGAWALAN DAN PENYELARASAN PELAKSANAAN PROJEK/PROGRAM PEMBANGUNAN DAERAH

9.1.             Jawatankuasa Tindakan Daerah(JTD)
9.2.             Jawatankuasa Keselamatan Daerah
9.3.             Jawatankuasa Pemandu PPRT/Projek Kesejahteraan Rakyat Daerah:
- Jawatankuasa Teknikal PPRT Daerah
       - Jawatankuasa Banci Rakyat Miskin/Termiskin
         Peringkat Daerah
9.4.             Jawatankuasa Penyelaras, Penyelenggaraan Kemudahan
             Awam Peringkat Daerah
9.5.             Jawatankuasa Larangan Pembinaan Bangunan Kediaman
Di Rezab Sungai Peringkat Daerah.

10.0.          PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TANAH DI DAERAH
10.1.    Mengurus penyelesaian pertikaian tanah melalui “ Land Enquiry” selaras dengan kehendak Ordinan Tanah, Bab 68.
10.2.          Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penggunaan Tanah Daerah
10.3.          Menguatkuasakan Ordinan Tanah Bab 68.

11.0.          PENGURUSAN MAHKAMAH ANAK NEGERI DAN PENTADBIRAN LUAR BANDAR
·         Ordinan Pentadbiran Luar Bandar
·         Enakmen Mahkamah Anak Negeri, 1992
·         Interpretation(Definition Of Native) Ordinance Cap. 64
·         Administration Of Native And Small Estate Ordinance(Repealed by Act 127 but not yet enforce) Cap. 1
·         Native Court Adoption Regulation, 1961
·         Ordinan Tanah Bab. 68:
-          Seksyen 40(3)
-          Seksyen 65 dan 66
-          Seksyen 76
-          Seksyen 159
·         Cattle Grazing And Pounds Ordinance, Cap.21
·         Native Rice Cultivation Ordinance

12.0.          SISTEM PENGURUSAN KAMPUNG

Ketua Kampung – Dilantik oleh Kerajaan Negeri(Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan) melalui sokongan YB. ADUN Kerajaan berkenaan, serta  pengesahan dan  syor daripada Pegawai Daerah. Fungsi Ketua Kampung ialah untuk memelihara perpaduan dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul khususnya yang berkaitan dengan adat istiadat.

Badan JKKK/JKDB – Semua Anggota JKKK/JKDB adalah dilantik oleh ADUN Kerajaan berkenaan atau dipilih melalui mesyuarat khas pemilihan. Fungsi JKKK/JKDB adalah sebagai badan pentadbiran kecil di peringkat kampung, badan penyelaras dan penggerak pembangunan di peringkat kampung, badan perhubungan di antara rakyat dengan  Kerajaan, dan badan keselamatan di peringkat kampung. Borang cadangan senarai anggota JKKK/JKDB hendaklah diperakui oleh ADUN Kerajaan berkenaan/Pengerusi Barisan Nasional Kawasan dan disahkan oleh Pegawai Daerah. Semua Watikah Perlantikan Anggota JKKK/JKDB adalah dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.

13.0.          PENGURUSAN PELESENAN
 ·         Ordinan Pelesenan Perniagaan 1948
·         Akta Eksais 1976 – Lesen Liquor Yang Boleh Memabukkan
·         Auctioneers Ordinance (Sabah) Cap. 9

14.0.          PENGURUSAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN
14.1.    Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah adalah dilantik sebagai Majistret Ex-Officio Kelas Dua.
14.2.          Tugas-tugas Majistret Ex-Officio Kelas Dua:
i.                     Mengurus pengeluaran Waran Tahanan(Warrant of Remand);
ii.                   Mengurus pengendalian”Preliminary Enquiry/Confession”;
iii.                  Mengurus pengeluaran “Warrant To Commit To Mental Hospital”;
iv.                 Mengurus pengeluaran Waran Ujian Air Kencing Orang Yang Disyaki Menagih Dadah;
v.                   Menyaksikan Tandatangan(Attestation);
vi.                 Mengesahkan Salinan Dokumen; dan
vii.                Mengeluarkan Waran Tangkap.

15.0.          PENTADBIRAN KERAJAAN TEMPATAN/PIHAK BERKUASA TEMPATAN
·         Pegawai Daerah Keningau adalah Pengerusi Majlis Daerah Keningau.

16.0.          HIERARKI PENTADBIRAN DAERAH
Peringkat Daerah                                             - Pegawai Daerah/Ketua Pentadbir Daerah
Peringkat Kampung                                        - Ketua Kampung/Pengerusi JKKK
Bil. Ketua Daerah                                             - 02 orang(termasuk Daerah Kecil Sook)
Bil. Ketua Anak Negeri                   - 09 orang(termasuk Daerah Kecil Sook)
Bil.  Wakil Ketua Anak Negeri      - 29 orang(termasuk Daerah Kecil Sook)
Bil. Ketua Kampung                                         - 230 orang(termasuk Daerah Kecil Sook)
Bil. Ketua Masyarakat Cina           - 05 orang
Bil. Pengerusi JKKK                                          - 200 orang(termasuk Daerah Kecil Sook)

17.0.          KEAHLIAN PEGAWAI DAERAH KENINGAU DALAM JAWATANKUASA DAERAH
16.1. Jawatankuasa Tindakan Daerah                                                                      - Pengerusi
16.2. Jawatankuasa Keselamatan Daerah                                                              - Pengerusi
16.3. Jawatankuasa Sumber Manusia Daerah                                                      - Pengerusi        
16.4. Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi Wilayah Pedalaman                    - Ahli
16.5. Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Rakyat Termiskin                        - Pengerusi
16.6. Jawatankuasa Program Gerakan Daya Wawasan Daerah                          - Pengerusi
16.7. Jawatankuasa Projek Pembangunan Luar Bandar Bersepadu                   - Pengerusi
16.8. Jawatankuasa Larangan Pembinaan Bangunan Kediaman Dan
                Penempatan Semula Penduduk-penduduk Yang Tinggal Di
                Kawasan Rizab Sungai                                                                                 - Pengerusi
16.9. Jawatankuasa Projek  Perhutanan Masyarakat(PPM)                                  - Pengerusi
16.10. Jawatankuasa Kemudahan Awam Daerah                                                   - Pengerusi        
16.11. Jawatankuasa Program K-BESTARI Daerah                                                   - Pengerusi
16.12. Jawatankuasa Kempen Keselamatan Jalanraya                                           - Pengerusi
16.13. Tribunal Pendamai Perkahwinan                                                                  - Pengerusi
16.14. Mahkamah Anak Negeri Daerah(Rayuan)                                                   - Pengerusi
16.15. Jawatankuasa Pengangkutan Daerah                                                           - Pengerusi
16.16. Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Daerah                                       - Pengerusi
16.17. Lembaga Pelesenan Dan Eksais Bahagian Pedalaman                              - Pengerusi
16.18. Jawatankuasa Induk Pelaksana Program Rakan Sukan
                Peringkat Daerah                                                                                         - Pengerusi
16.19. Jawatankuasa Skim Bantuan Orang-orang Tua Daerah                             - Pengerusi
16.20. Jawatankuasa Penyelaras SLDB                                                                    - Pengerusi
16.21.  Pelaksanaan PKPA/MS ISO 9000                                                                  - Pengerusi
16.22. Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Pejabat Daerah
                Keningau & Pejabat Daerah Kecil Sook                                                   - Pengerusi
16.23. Mesyuarat Pegawai & Kakitangan Pejabat Daerah                                   - Pengerusi
16.24. Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun                                         - Pengerusi
16.25. Jawatankuasa Perumahan Kerajaan                                                           - Pengerusi
16.26. Jawatankuasa Keselamatan Perlindungan Jabatan                                  - Pengerusi
16.27. Persatuan Orang-Orang Buta                                                                        - Pengerusi
16.28. PEMADAM Daerah Keningau                                                                        - Pengerusi
16.29. Majlis Pengakap Daerah Keningau                                                              - Pengerusi
16.30. Persatuan Polo Daerah Keningau                                                                 - Pengerusi
16.31. Pesta Kaamatan Peringkat Daerah                                                              - Pengerusi
16.32. Pesta Kayu Koningau                                                                                      - Pengerusi        
16.33. Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Keningau                                              - Pengerusi
16.34. Jawatankuasa Tawaran Majlis Daerah                                                        - Pengerusi
16.35. Jawatankuasa Kewangan & Perkara Am Majlis Daerah                           - Pengerusi
16.37. Jawatankuasa Perancang Bandar & Pelan-Pelan
                Bangunan & Pembangunan Majlis Daerah                                            - Pengerusi
16.38. Jawatankuasa Pelesenan Majlis Daerah Keningau                                   - Pengerusi
16.39. Jawatankuasa Penggunaan Tanah(LUC)                                                     - Ahli
16.40. Pilihanraya             Parlimen & Negeri                                                         - Pegawai Pengurus
16.41. Jawatankuasa Pentadbiran Luar Bandar Daerah    - Tim. Pengerusi
16.42. PUSPANITA                                                                                                           - Penasihat




No comments:

Post a Comment