Thursday 15 November 2012

LATIHAN DALAM ORGANISASI



1.0.    PENGENALAN
Latihan adalah penting untuk membuat sesuatu perubahan yang positif, iaitu untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap serta memperkenalkan kaedah baru bagi melakukan pembaharuan untuk kemajuan sesuatu organisasi. 

Latihan adalah aktiviti organisasi yang dirangka secara sistematik untuk membawa perubahan kepada pekerja-pekerja melalui proses pembelajaran dan pembangunan. Ia merupakan suatu bentuk pelaburan yang mempunyai kaitan dengan nilai-nilai produktif seseorang individu yang dilatih.

2.0.    LANGKAH-LANGKAH DALAM MELAKSANAKAN LATIHAN

2.1. Mengenalpasti   Keperluan Latihan
Analisis keperluan latihan merupakan langkah pertama dalam pusingan latihan. Tujuan analisis dilakukan ialah untuk mengetahui tiga (3) perkara, iaitu:
i.                    Apakah pengetahuan (knowledge), kemahiran (skill) dan kemampuan (ability) atau ringkasnya ASK yang diperlukan oleh pekerja/staf?;
ii.                  Adakah pekerja-pekerja mempunyai ASK yang mencukupi?
iii.                Apakah melalui latihan boleh menyelesaikan masalah ASK ini?

2.2. Merancang dan Merekabentuk Latihan
Perancangan dilakukan setelah analisis terhadap keperluan latihan selesai dijalankan, data-data di analisis dan keperluan jenis-jenis latihan bagi peringkat organisasi, kerja dan individu dikenalpasti. Terdapat dua (2) jenis persediaan yang perlu dibuat di peringkat tersebut, iaitu persediaan latihan dan persediaan jurulatih:

2.1.      Persediaan Latihan
i.                    Menetapkan matlamat latihan;
ii.                  Menetapkan objektif latihan;
iii.                Menetapkan kaedah latihan; dan
iv.                 Menyediakan bahan-bahan latihan.

2.2.            Persediaan Jurulatih
i.                    Kemahiran komunikasi;
ii.                  Pakar dalam sesuatu bidang;
iii.                Pakar kaedah latihan; dan
iv.                 Pengurus pasukan

2.3.            Melaksanakan Latihan
Pelaksanaan merupakan fasa ketiga dalam pusingan latihan setelah menjalankan analisis keperluan latihan dan melakukan perancangan rapi. Pelaksanaan sesuatu program latihan melibatkan empat fasa, iaitu fasa permulaan, fasa pelaksanaan, da fasa penutupan.

2.4.            Menilai Hasil Program
i.                    Dari segi justifikasi perbelanjaan;
ii.                  Dari segi program-program masa depan;
iii.                Dari segi keputusan tentang individu peserta
iv.                 Dari segi reaksi atau tindak balas peserta

 

 

 

No comments:

Post a Comment