Friday 14 December 2012

ustice for Altantuya: PM, AG must respond December 14, 2012

Isn't Najib, as head of the government, interested to know what actually happened, more so given the manner in which the murder was executed? asks DAP MP Gobind Singh.

By Gobind Singh Deo
 
Malaysia will forever remain in a dark cloud over the killing of Mongolian Altantuya Shaariibuu because of the failure of our criminal justice system to secure complete justice for her.
We have failed until now to explain why Altantuya was killed and more importantly who directed her killing.

The recent claims by Deepak Jaikishan surrounding the making of a statutory declaration has added more fuel into a fire which just cannot seem to be put out.The Attorney-General, Abdul Gani Patail, should respond to the allegations made by Deepak that “justice has not yet been done ” in the case involving Altantuya.

Deepak was earlier reported as saying: “Whoever actually killed her, who actually instructed her killing, should be responsible. They must take the responsibility.”This question has been asked time and again. The AG should tell us, who ordered the killing and why? This is the most important aspect of the case which has not been answered.

This angle ought to have been probed further during the trial of those who were charged with her murder.It is basic in all cases like this that motive is established. The prosecution owes the family of the deceased and the general public a duty here.

The truth must prevail
It is also surprising to note the prime minister’s silence on this matter.The prime minister has in past cases involving suspicious deaths, recognised the need for full ‘no stone unturned’ inquiries so as to get to the truth and to find justice and closure for the deceased and the families of the deceased.
Why is it different with Altantuya? Why are we not pressing for answers to these most important aspects of the case?Isn’t the prime minister as head of the government interested to know what actually happened more so given the manner in which the murder was executed?

It is said that “Justice must not only be done, it must be seen to be done”.
I challenge the prime minister to direct a full inquiry into these aspects of this case. We must get to the truth. The truth must prevail.

With the election looming, the prime minister cannot afford to have this problem hovering over his head.If he feels there is no need for further inquiry, and that the earlier investigations have answered all questions, then he should tell us, what does the investigation reveal? Who ordered the killing of Altantuya and why?

Thursday 13 December 2012

Kenapa Najib takut berbahas di Parlimen? (Oleh Dr Afif Bahardin)



PEMBENTANGAN  Belanjawan adalah merupakan salah satu sesi Parlimen yang mendapat liputan meluas dan perhatian yang lebih dari biasa; baik dari ahli politik, penganalisa politik, ahli ekonomi, ahli akademik, ahli perniagaan, pengamal media, kakitangan kerajaan, mahasiswa, pengusaha kecil, warga swasta, suri rumah bahkan seluruh rakyat yang peka akan situasi di sekelilingnya.

 Maka, lumrahnya sesi perbahasan Parlimen untuk satu–satu Belanjawan yang dibentangkan–sama peri pentingnya. Perbahasan Belanjawan 2013, menjadi sesi Parlimen terpenting menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.  Lebih penting kerana PilihanRaya ini menjadi penentu hala tuju masa depan negara ini; mengekalkan regim lama Barisan Nasional atau menabalkan kerajaan baru di Putrajaya yang dipimpin Pakatan Rakyat.

Bermula dengan pembentangan Belanjawan pada Jumaat lepas oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Perdana Menteri Malaysia, sesi perbahasan menyusul dengan dimulakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mungkin Setiausaha Politik Menteri Kewangan dan kebanyakan menteri kabinet lupa untuk mengingatkan majikan mereka bahawa tanggungjawab mereka tidak terhenti hanya pada membentangkan belanjawan.

Sebagai Perdana Menteri yang tanpa segan berdegar–degar menggelarkan Malaysia sebagai “world’s best democracy” – harus malu apabila mengambil sikap membentangkan belanjawan, memilih untuk tidak hadir sesi perbahasan, sebaliknya hanya menyokong untuk diluluskan sahaja.

 Kerajaan autokratik
 Ini bukanlah tradisi demokrasi, tetapi amalan sebuah kerajaan yang autokratik. Malang buat Malaysia memiliki Perdana Menteri yang langsung tidak mahu berdepan dengan perbahasan bukan hanya dari ahli Parlimen Pakatan Rakyat, bahkan dari ahli Parlimen Barisan Nasional sendiri. Sebaliknya mewakilkan ahli yang bukan dari barisan kabinet pun untuk menjawab bagi pihak kerajaan. Memalukan. Perdana Menteri pada sesi pembentangan Belanjawan, di hadapan jutaan rakyat Malaysia telah memilih untuk menyerang Pakatan Rakyat tanpa sebarang ruang untuk mencelah (kerana peraturan mesyuarat Dewan Rakyat).

Beliau kelihatan puas dan bangga dapat berbuat begitu. Namun, ketidakhadiran beliau pada sesi perbahasan, membuktikan betapa Perdana Menteri lebih mementingkan ego politik beliau daripada kepentingan rakyat terbanyak. Perdana Menteri secara tidak langsung menunjukkan beliau tidak mahu mendengar cadangan atau kritikan pembangkang yang dipilih rakyat secara demokratik, sebaliknya memilih untuk mentadbir negara secara autokratik. Sekali lagi Datuk Seri Najib Razak menunjukkan sikap pemerintahan kuku besi yang mirip ala pemerintahan seorang diktator.

 Amalan Westminster
 Sistem demokrasi negara ini – demokrasi berparlimen – yang diwarisi dari British ini merupakan warisan sistem Westminster. Kita punya dua dewan yang mulia – Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Yang Di Pertuan Agong pula adalah elemen ketiga dalam sistem Parlimen negara. Namun ada perbezaan besar yang sangat menarik dapat kita lihat daripada apa yang terjadi dalam Dewan Rakyat hari ini.

Di House of Common di London, Perdana Menteri, bertanggungjawab untuk hadir ke satu sesi yang dinamakan Questions to the Prime Minister (lebih dikenali sebagai Prime Minister’s Questions atau PMQs).  Sesi PMQs secara tradisinya sejak 1997 (amalan ini diwarisi dan berubah mengikut peredaran zaman sejak kurun ke 17), dijalankan pada setiap Rabu ketika Parlimen bersidang.
Sesi ini membolehkan mana – mana ahli Parlimen, tanpa perlu mengikut aturan mesyuarat, untuk menanyakan soalan terus kepada Perdana Menteri dan beliau (baca : Perdana Menteri) akan menjawabnya terus di dalam sesi khas ini.  Perdana Menteri bukan sahaja berdepan dengan soalan dari ahli parlimen kerajaan, tetapi lebih penting berdepan dengan soalan dan bidasan dari pimpinan dan ahli Parlimen pembangkang.

Sesi ini sentiasa mendapat sambutan hangat dengan kehadiran penuh di ruang awam di Houses Of Parliament. Selain itu sesi ini juga di siarkan secara langsung kepada rakyat British untuk mereka menyaksikan kebijaksanaan wakil rakyat yang telah mereka pilih berbalas hujah.  Sesi begini menjadi kayu pengukur kepada kemampuan kerajaan mahupun pembangkang untuk pertahan dan mengkritik kebijakan yang telah mereka utarakan.

Malangnya di Malaysia – kita memiliki Perdana Menteri yang bukan hanya takut berdebat dengan Ketua Pembangkang di luar Dewan Rakyat, bahkan untuk berbahas mempertahankan Belanjawan yang beliau bentangkan sendiri pun beliau tidak sanggup. Dimanakah sikap tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan? Inikah amalan yang kita laungkan “world’s best democracy”? Bagaimana pula dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”? Lebih menghairankan, apakah sebabnya Perdana Menteri begitu takut untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang walau di dalam Dewan Rakyat yang majoritinya dikuasai Barisan Nasional?

Laporan Audit Puji Negeri Pakatan



*      Selangor catat lebihan hasil RM60 juta
*      Kelantan tambah aset tunai RM90 juta
*      Agensi kerajaan Pulau Pinang  terbaik
*      Kewangan Kedah memuaskan

v  “Peningkatan hasil lebih baik di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat”
Tan Sri Ambrin Buang – Ketua Audit Negara.

Probe RM40m ‘donation’, Bank Negara told



PKR today lodged a report with Bank Negara Malaysia (BNM), saying that the central bank has a strong basis to initiate investigations into the RM40 million scandal which “goes all the way up to the prime minister”.

PKR strategy director Rafizi Ramli handed a statement to BNM’s communications officer Zoe Rai, in which he suggested several Sections under the Anti-Money Laundering Act 2011 that could be applied.

He said that the powerful legislation talked about how it was incumbent on a person to report about receiving money even if it was merely deemed “suspicious”. “This law is all encompassing, it doesn’t matter if you had the intention or whether you knew. “When Prime Minister Najib Tun Razak announced that the money was for Umno, it meant Umno was automatically guilty [under anti-money laundering laws] because it did not take reasonable steps to make sure it is not illicit funds,” alleged Rafizi.

“This is not just about [Sabah Chief Minister] Musa Aman, this is going all the way up to Najib, because as the number one in Umno, it was his duty,” he added. Other individuals who should be investigated, he said, included Musa, Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Abdul Aziz and any other leader who had knowledge about this transaction but failed to report to BNM.

Rafizi said BNM should also find out about the Umno leader “X” as mentioned by Tuaran MP Wilfred Bumburing to have received the money into the personal account. He said that BNM could look at Section 3(1), 14(b), and 16(3) of the Act. He said the legislation stated that if a person did not take reasonable measures to ascertain the source of money he receives, and it was subsequently found to be illegal, that person had automatically breached anti-money laundering laws. He added that the Act also states that it was also the banks’ responsibility to report such suspicious transactions to BNM, said Rafizi.

“It is not enough for BNM to be satisfied with the short explanation of Najib and Nazri that the money was a political donation,” he said. Rafizi said that the Act also required the authorities to act when a proxy or frontman was used in these fund transfers.

The PKR leader also quoted a BNM circular called ECM4 that any transactions outside of the country above RM200,001 must be declared to BNM.

Report lodged in Sabah as well
Meanwhile, PKR-friendly NGO Jingga 13 lodged a similar report in Kota Kinabalu with the Sabah BNM branch.

According to the NGO’s coordinator Fariz Musa, the branch initially refused to accept their report and only after repeated attempts and instructions from BNM in Kuala Lumpur, was the report allowed.

Musa was hit by the scandal when Michael Chia, a businessman linked to the chief minister, was reportedly detained at an airport by Hong Kong authorities in 2008 with RM40 million worth of cash on him. 

Recently, Nazri told Parliament that the money was a political fund meant for Sabah Umno and Hong Kong’s Independent Commission Against Corruption (ICAC) had cleared Musa of any wrongdoings.
In a twist, Nazri later claimed Chia was never arrested by ICAC.

Nazri further said the RM40 million seized from Chia and frozen was wired into an account and was not in the businessman’s possession as claimed by the opposition and reported in the media. Yesterday, Bumburing claimed that the RM40 million “political donation” to Sabah Umno was being held in a personal account of an Umno leader. He did not name the person. It was reported that Chia told ICAC that the money was supposedly for Musa.

Sistem Demokrasi Berparlimen



Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. 

Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Friday 7 December 2012

KOMUNIKASI YANG BERKESAN



PENGENALAN
Hubungan manusia didasari oleh komunikasi yang baik dan berkesan. Melalui komunikasi kita dapat memahami diri kita sendiri dan diri orang lain. Sebagai usaha untuk membangunkan dan mengembangkan potensi diri kita mesti berkomunikasi. Aktiviti berkomunikasi dapat menjadikan diri kita sebagai manusia yang konstruktif dan membantu orang lain. Komunikasi adalah mengenai membina pertalian dengan manusia lain.

DEFINISI
  • Proses pertukaran maklumat di antara penyampai dan penerima maklumat di kalangan pelbagai pihak(Johns 1996).
  • Merupakan satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu / sekumpulan individu yang lain.
  • Komunikasi berasal dari perkataan Inggeris iaitu ‘comunication’ yang berasal dari perkataan Latin iaitu ”communicare” yang bermaksud ‘to make common’ iaitu mewujudkan    persamaan.
Komunikasi bolehlah ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain".

KOMUNIKASI INTERPERSONAL
Proses komunikasi antara individu (lebih dari seorang individu). proses komunikasi diantara seseorang dengan seseorang yang lain atau antara manusia. Proses komunikasi ini sangat berkesan kerana ia melibatkan unsur maklum balas serta berdasarkan lapangan yang sama.

KOMUNIKASI INTRAPERSONAL
Kontemplasi, intuitif, pemikiran (taakulan), meditasi (bercakap dengan diri sendiri),monolog.

CIRI-CIRI KOMUNIKASI BERKESAN
Dalam komunikasi ini, terdapat tujuh ciri asas yang digunakan untuk menyampaikan maklumat terhadap dua belah pihak. Antara ciri tersebut yang menjadi asas dalam komunikasi ialah:
Sapaan ataupun salam. Apabila seseorang individu atau diri kita sendiri berjumpa dengan orang yang lain, kita perlulah membuat sapaan atau salam yang akan mewujudkan komunikasi di antara dua pihak. Dengan sapaan dan salam seperti ucapan selamat pagi, dengan secara tidak langsung akan membolehkan dua belah pihak dapat berkomunikasi. Dalam masa yang sama, proses memberi dan menerima maklumat juga telah berlaku dengan bermulanya salam dan sapaan terhadap seseorang.

Sikap ikhlas dan jujur dalam diri individu juga akan membentuk komunikasi. Jika diri kita tidak jujur dan ikhlas, maka sesuatu komunikasi mungkin tidak akan terjadi kerana tiada siapa yang akan mempercayai seseorang individu jika tidak jujur. Jadi untuk melepasi halangan ini, sifat jujur dan ikhlas sememangnya penting dalam diri setiap individu. Bagaimanakah komunikasi akan wujud jika jujur dan ikhlas tidak ada pada seseorang individu? Jadi, untuk mewujudkan sesuatu komunikasi diantara dua pihak, sifat jujur dan ikhlas perlu ada pada masyarakat masa kini supaya komunikasi dapat diwujudkan dan akan akan mengeratkan silaturahim dikalangan masyarakat.

Mendengar dengan aktif. kita perlulah menjadi seorang pendengar yang baik. Bukan setakat itu, kita juag mesti menjadi pendengar yang aktif supaya apa yang telah diterima akan dapat diaplikasikan dalam diri. Kalau seseorang individu berkomunikasi dengan orang lain tetapi tidak mendengar dengan aktif, maka komunikasi itu akan terhalang kerana pihak yang menerima maklumat itu tidak mengambil perhatian dan mendengar dengan baik. Ini akan menyebabkan penerima maklumat akan mendapat maklumat yang kurang jelas kerana tidak mendengar dengan aktif dan juga boleh menyalah tafsirkan sesuatu maklumat.

Mengemukakan soalan yang disukai oleh pihak yang lain. Dengan mengemukan soalan yang yang disukai, maka komunikasi ini akan menjadi sesuatu yang lebih menarik. Ia juga akan menjadikan sesuatu perbincangan menjadi lebih bermakna dan kedua-dua pihak yang sedang berkomunikasi akan memahami sesuatu maklumat yang diberi dan diterima daripada kedua-dua belah pihak. Dengan adanya soalan yang dikemukakan, ini akan membolehkan sesuatu masalah akan dapat diselesaikan dengan mudah seterusnya mewujudkan komunikasi secara tidak langsung dalam kehidupan seharian kita.

Senyuman dan mimik air muka. Ia juga boleh mewujudkan komunikasi di antara dua pihak. Misalnya dengan memberikan senyuman kepada seseorang akan menunjukkan kita menghormati orang lain dan juga menunjukkan budaya kita. Dengan senyuman dan menunjukkan mimik air muka terhadap seseorang, orang itu akan memahami sesuatu masalah yang kita hadapi. Jadi dengan keadaan ini, tentu pihak itu akan menegur dan menanya terhadap diri kita, maka terjadilah komunikasi dengan langsungnya. Komunikasi akan juga terjadi kerana senyuman menjadikan seseorang itu membuat sapaan tehadap diri kita. 

HALANGAN KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI
Komunikasi dalam organisasi mempunyai tiga tahap dan mempunyai halangan-halangan iaitu:
(a)   Pihak atasan ke pihak bawahan.
(b)    Pihak bawahan ke pihak atasan
(c)    Komunikasi Mendatar.
Pada peringkat atas ke bawah adalah bertujuan untuk memberi arahan tugas, proses kerja dan maklum balas kepad pihak bawahan. Namun terdapat beberapa halangan yang menghalang terjadinya komunikasi ini. Antaranya ialah perbezaan status yang akan menyebabkan maklum balas daripada pihak bawahan. Ini kerana status yang lebih tinggi dimiliki oleh pihak atas yang menyebabkan terhalangnya komunikasi dalam organisasi. Selain itu, faktor persekitaran dan sifat peribadi yan negatif terhadap sesuatu pihak juga kan menghalang komunikasi di antara pihak atasan dan bawahan. Dengan sifat yang dimiliki ini, wujudnya salah faham dan prasangka yang timbul daripada kedua-dua belah pihak.
Pada peringkat kedua iaitu dari pihak bawahan ke pihak atasan. Tujuannya ialah membuat maklumat tugas dan memberi pandangan atau pendapat kepada pihak yang tinggi. Namum, tidak semudah itu kerana maklum balas diterima baik sahaja dan ketua tidak bersedia menerima subordinat dari pihak bawahan. Halangan yang terjadi dalam komunikasi ini adalah kerana perasaan takut dan fobia untuk memaklumkan sesuatu perkara kepada pihak atasan. Selain itu, ketua tidak minat untuk mendengar masalah daripada pihak bawahan. Selain itu, segala pelaksanaan yang dilakukan tidak mendapat pengiktirafan daripada pihak atas serta ketua yang sukar untuk ditemui oleh orang bawahannya menyebabkan halangan dalam komunikasi telah berlaku dalam sesebuah organisasi.
Di peringkat ketiga komunikasi dalam organisasi ialah mendatar. Tujuan komunikasi mendatar ini adalah untuk meningkatkan kerjasama di antara dua pihak. Selain itu, aliran pengurusan maklumat yang cepat dan pencapaian ke arah matlamat dapat dilaksanakan dengan mudah. Tetapi terdapat juga halangan dalam peringkat ini . Antara halangan yang menghalang komunikasi diperingkat ini ialah buah mulut dan gosip yang boleh menjadikan perkara yang kecil menjadi lebih serius dan akan menyebabkan pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak. Bukan itu sahaja, perkara-perkara yang buruk seperti gangguan juga akan menghalang komunikasi ini. Contohnya ialah seperti khabar angin, menerima mesej yang tidak baik dan salah faham di antara kedua belah pihak yang akan menjejaskan prestasi sesebuah organisasi tersebut. Faktor persekitaran yang kurang baik juga menyumbang kepada halangan komunikasi ini.

TIPS KOMUNIKASI BERKESAN
1.      Anda sendiri perlu jelas dengan idea yang mahu disampaikan.
2.      Anda perlu mengambil kira setting ( Sosial, Budaya,Fizikal ).
3.      Anda gunakan body language  yang sesuai mengikut setting yang betul.
4.      Anda gunakan kemahiran gerakan badan seperti kontek mata, tunduk, ke depan, anggukan kepala.
5.      Anda jadilah pendengar yang baik. Tumpuan sepenuhnya apa yang dibincangkan.
6.       Anda perlu elakkan memonopoli perbualan.

HALANGAN-HALANGAN KEPADA KOMUNIKASI BERKESAN
Di peringkat ketiga komunikasi dalam organisasi ialah mendatar. Tujuan komunikasi mendatar ini adalah untuk meningkatkan kerjasama diantara dua pihak. Selain itu, aliran pengurusan maklumat yang cepat dan pencapaian ke arah matlamat dapat dilaksanakan dengan mudah. Tetapi terdapat juga dalam peringkat ini . Antara halangan yang menghalang komunikasi diperingkat ini ialah buah mulut dan gosip yang boleh menjadikan perkara yang kecil menjadi lebih serius dan akan menyebabkan pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak. Bukan itu sahaja, perkara-perkara yang buruk seperti gangguan juga akan menghalang komunikasi ini. Contohnya ialah seperti khabar angin, menerima mesej yang tidak baik dan salah faham diantara kedua belah pihak akan menjejaskan prestasi sesebuah organisasi tersebut. ini kerana fikiran yang kondusif serta faktor persekitaran yang kurang baik yang juga menyumbang menghalang komunikasi ini.
Dalam kehidupan seharian, komunikasi adalah sesuatu perkara yang penting. Ini kerana tanpa komunikasi, tidak akan wujud masyarakat yang aman dan harmoni. Selain itu, komunikasi dapat mengeratkan hubungan diantara dua belah pihak dengan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi semasa berkomunikasi didalam kehidupan sehari-harI.