Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah
pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan
syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini.
Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian
kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem
Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia
bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri
Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju
dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa
masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan
lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia
yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa
negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
No comments:
Post a Comment