Ekonomi berasaskan
pengetahuan(K-Based
Economy) merupakan sebuah ekonomi di mana penjanaan dan penggunaan pengetahuan menjadi penyumbang yang
besar kepada pertumbuhan ekonomi dan pewujudan kekayaan. Walaupun faktor
pengeluaran yang lazim seperti buruh, modal, bahan mentah dan keusahawanan
terus penting, pengetahuan akan menjadi faktor utama yang menerajui
pertumbuhan, menghasilkan nilai baru dan menyediakan asas untuk mengekalkan
daya saing. Walaupun teknologi maklumat (IT) merupakan alat penggerak asas
utama, namun nadi bagi ekonomi
berasaskan pengetahuan adalah sumber manusia - khususnya keupayaan
mencipta, berusaha menghasilkan pembaharuan, menjana dan memanfaatkan buah
fikiran baru serta menggunakan teknologi dan kemahiran keusahawanan yang
terbaik. Industri sedia ada akan menjadi lebih berintensifkan pengetahuan
manakala industri baru berasaskan pengetahuan dan industri sokongan akan
muncul. Dengan itu, ekonomi akan bercirikan aktiviti yang berasaskan
pengetahuan dan industri berteknologi tinggi akan mempunyai bahagian yang besar
dalam guna tenaga, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan eksport. Selain
menjadi satu faktor pengeluaran, pengetahuan juga akan menjadi satu barangan
yang boleh diperdagangkan.
Ekonomi berasaskan
pengetahuan menyediakan satu kaedah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang
pesat dan mampan serta berdaya saing dalam jangka masa sederhana dan panjang.
Dalam hubungan ini, Malaysia akan membangunkan kemudahan yang diperlukan dan
memajukan industri yang mempunyai potensi untuk menjadi industri yang
berintensifkan pengetahuan. Sektor swasta akan terus menjadi jentera
pertumbuhan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, manakala sektor awam akan
menyediakan persekitaran yang sesuai dan menggalakkan. Objektif sosial dan
kesaksamaan akan kekal menjadi unsur penting dalam tahap pembangunan ekonomi
yang baru ini dengan tanggungjawab tambahan untuk mengurangkan jurang
pengetahuan di kalangan berbagai golongan pendapatan yang berlainan, di antara
masyarakat bandar dengan luar bandar dan di antara wilayah. Takrif pengetahuan
dan ciri-ciri khusus ekonomi berasaskan pengetahuan adalah seperti ditunjukkan
dalam Kotak 5-1.
Merubah
Sektor Awam
Sektor awam akan berubah bagi menggerakkan pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. Sektor ini akan terus berperanan sebagai pemudah cara dengan menyediakan persekitaran yang sesuai dan lebih penting lagi bertindak sebagai pemangkin kepada sektor swasta untuk menerajui pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. Antara peranan utama sektor awam dalam menyediakan persekitaran yang sesuai bagi penyertaan sektor swasta adalah mengekalkan persekitaran ekonomi makro yang stabil, menyediakan kemudahan infrastruktur asas, membangunkan sistem pendidikan dan latihan yang mampu membekalkan tenaga manusia yang berpengetahuan, menggalakkan serta menjalankan R&D, mewujudkan rangka perundangan yang sesuai dan memulakan pembangunan mekanisme pembiayaan yang anjal. Sektor ini akan terlibat secara langsung untuk memastikan pencapaian objektif sosial dan pengagihan termasuk tanggungjawab kritikal dalam melaksanakan strategi untuk merapatkan jurang pengetahuan.
Sektor awam akan merubah sistemnya dengan menggunakan IT dan teknologi multimedia terkini, menanda aras mengikut amalan terbaik dan menyesuaikan cara pemikiran dan proses kerjanya untuk menjalankan tugas yang diperlukan dalam konteks ekonomi berasaskan pengetahuan. Pembentukan e-kerajaan akan juga dipercepatkan dan akan digunakan sebagai kaedah untuk memperbaiki lagi operasi dalaman Kerajaan serta sistem penyampaian perkhidmatan awam. Ini akan meningkatkan kecekapan, kualiti dan kemudahan mendapatkan perkhidmatan. Tambahan pula, ia juga akan memudahkan pemberian perkhidmatan dan maklumat baru serta meningkatkan tahap perkhidmatan sejajar dengan keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan.
Kemahiran dalam sektor awam akan terus dipertingkat dan program akan diperkenalkan untuk menyemai sikap pintar bertindak dan memupuk kemampuan untuk membuat inovasi dalam sektor awam. Walaupun perkhidmatan awam akan terus menentukan bilangan anggota yang bersesuaian namun ia akan mengambil mereka yang berkebolehan dan berkelayakan ke dalam perkhidmatan awam. Usaha juga akan diteruskan bagi menyusun semula struktur sektor awam agar lebih responsif, mudah berubah dan telus.

Memupuk Penggunaan Pengetahuan
Secara Beretika
Dengan kemunculan Era Maklumat Dunia, satu kod etika baru adalah diperlukan untuk memastikan pengetahuan yang boleh dan mudah diperolehi digunakan secara positif bagi membawa kesejahteraan dan kemakmuran dan bukan menghasilkan kekacauan atau kemusnahan. Kemajuan yang terhasil daripada ICT telah menyebabkan lokasi pusat pembelajaran semakin tidak penting. Pelajar boleh berinteraksi dengan guru walau di manapun mereka berada secara terus, sementara pengetahuan yang terkumpul boleh diperolehi secara bebas, lengkap dan dari mana jua pun. Dengan ledakan jumlah dan maklumat yang berbagai di dalam Internet, adalah tidak mustahil untuk berhubung dengan individu yang boleh memberi pendapat dan pandangan mengenai sebarang perkara di serata dunia. Maklumat yang tersedia boleh menjadi berguna dan membina dari satu segi atau sebaliknya menjadi remeh, salah atau boleh memusnah dan mengancam jiwa. Dengan itu adalah penting bagi rakyat Malaysia mengekalkan tahap etika dan moral yang tinggi agar dapat mengurus dan menggunakan pengetahuan dengan baik.
Pertimbangan yang serius akan diberi untuk memastikan pengetahuan yang diperolehi akan diguna secara positif dan beretika serta bermanfaat kepada individu dan negara. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan nilai positif melalui sistem pendidikan dan latihan, pelajar akan diajar mengenai kepentingan menggunakan pengetahuan sewajarnya untuk tujuan meningkatkan pemahaman dan kesejahteraan. Ibu bapa harus memberi bimbingan kepada anak mereka supaya daya kreatif mereka digunakan secara sihat dan positif. Pihak media dan segala bentuk penyebaran maklumat akan digalak untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan dan manfaat mengekalkan pelakuan yang beretika dalam penggunaan pengetahuan yang positif. Sektor swasta dan NGO perlu membantu usaha membina satu kod etika yang baru bagi Era Maklumat. Bagi mencegah penyalahgunaan pengetahuan dan jenayah komputer, pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang berkenaan IT akan diperkukuhkan.
Merapatkan Jurang Digital
Pencapaian objektif sosial dan ekuiti terus menjadi pertimbangan asas dengan tanggungjawab tambahan bagi memastikan ekonomi berasaskan pengetahuan tidak meluaskan jurang di antara berbagai bahagian masyarakat Malaysia. Dasar agihan sebagaimana yang digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) akan diteruskan bagi memastikan penglibatan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan akhirnya menggambarkan sepenuhnya komposisi etnik penduduk. Strategi akan dibentuk bagi membolehkan semua rakyat Malaysia terutamanya Bumiputera mendapat faedah daripada peluang yang wujud daripada ekonomi berasaskan pengetahuan.
Kemudahan infrastruktur telekomunikasi akan diperluaskan ke seluruh negara untuk mencapai jalinan perhubungan yang menyeluruh. Tumpuan akan diberi ke arah memastikan penyebaran ICT yang meluas dan sampai ke kawasan luar bandar dan kepada golongan yang kurang menikmati faedah pembangunan. Kemudahan komputer dan laluan Internet akan menjadi lebih murah dan mampu dimiliki. Program yang seumpamanya juga akan dilaksanakan bagi membangunkan kandungan tempatan untuk meningkatkan kemudahan mendapatkan maklumat terutamanya dalam Bahasa Malaysia agar dapat dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Usaha juga akan diambil untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan Bahasa Inggeris bagi membolehkan perolehan maklumat yang maksimum. Kerajaan dengan kerjasama pihak swasta akan memperkenalkan program celik ICT untuk mendidik kumpulan sasaran khusus berdasarkan kepada keperluan dan kemampuan mereka. Peluang yang bersesuaian dan bantuan kewangan akan disediakan bagi mereka yang kurang menikmati faedah supaya terlibat secara aktif di dalam ekonomi berasaskan pengetahuan. Di samping itu, usaha akan dibuat bagi mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan ekonomi berasaskan pengetahuan terutamanya di kalangan golongan miskin dan berpendapatan rendah serta memastikan penyertaan yang saksama.

PENUTUP
Ekonomi berasaskan pengetahuan
menyediakan arah tuju masa hadapan untuk mencapai pertumbuhan pesat yang mampan
dan kekal berdaya saing di peringkat antarabangsa bagi jangkamasa sederhana dan
panjang. Bagi membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan adalah penting untuk
menangani kekangan yang wujud dan mengatasinya dengan pantas. Walaupun Malaysia
telah menyediakan landasan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan, namun usaha
akan disegerakan dalam membangunkan bidang utama iaitu sumber manusia, S&T
dan P&P, infrastruktur maklumat, pembiayaan dan pengagihan yang saksama
yang merupakan tunjang untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan.
Ekonomi yang berdasarkan pengetahuan
merupakan asas untuk mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang pantas dan
meningkatkan daya saing antarabangsa untuk mencapai Wawasan 2020. Teras
pembangunan untuk ekonomi yang berdasarkan pengetahuan telah ditetapkan di
dalam Pelan Rangka Perspektif
Ketiga (OPP3) seperti
berikut:
- Membina asas tenaga kerja berpengetahuan, antara lain, melalui penyemakan semula sistem pendidikan dan latihan, memperkenalkan sistem pembelajaran seumur hidup dan program bijak pandai (brain-gain)
- Memperbanyakkan lagi inisiatif S&T dan R&D ke arah memperkukuhkan sistem inovasi negara.
- Mempercepatkan pembangunan infrastruktur bagi memudahkan pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan.
- Menstruktur semula sistem kewangan untuk memberi pembiayaian yang sesuai bagi aktiviti pengetahuan, menyediakan peralatan untuk pengurusan makro-ekonomi dan dapat bertahan dengan cabaran-cabaran berkaitan dengan ekonomi berasaskan pengetahuan.
- Meningkatkan kandungan pengetahuan di dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.
- Menggalakkan sektor swasta agar bersedia dengan lebih pantas terhadap ekonomi berdasarkan pengetahuan dan juga mengenalpasti dan mengeksploitasi peluang-peluang yang bakal dijana.
- Mengolah semula sektor awam untuk menjadi lebih cekap dalam penggunaan perolehan, penyebaran dan pengurusan pengetahuan.
- Memupuk penggunaan pengetahuan yang beretika;
- Mengambil tindakan tegas bagi merapatkan jurang digital antara pendapatan, kumpulan etnik, kumpulan umur, komuniti bandar dan luar bandar dan merentasi sempadan wilayah.
Tambahan
lagi, Pelan Induk Ekonomi Berdasarkan Pengetahuan (KEMP) yang dilancarkan pada
tahun 2002 mengandungi 136 cadangan yang meliputi pembangunan sumber manusia,
stuktur informasi, insentif, pembangunan sains dan teknologi, orientasi semula
sektor swasta dan awam dan juga mengutarakan jurang digital.
Kerajaan
juga memantau kemajuan menuju ekonomi berdasarkan pengetahuan di atas dasar
Indeks Pembangunan Ekonomi Berdasarkan Pengetahuan (KDI) . KDI membuat
penilaian ke atas keadaan infrastruktur komputer, struktur informasi,
pendidikan dan latihan termasuk juga R&D dan teknologi. Ia membuat perbandingan kedudukan Malaysia
relatif kepada 22 negara maju dan Malaysia tetap di kedudukan 17 menurut KDI,
2000.
Pelaburan modal manusia
kearah ekonomi berasaskan pengetahuan
1.0
Konsep ekonomi berasaskan pengetahuan
- Menurut Organisation for Economic Cooperation Development (OECD), ekonomi berasaskan pengetahuan ialah ekonomi yang secara langsung menggunakan pengetahuan dalam proses pengeluaran dan pengagihan.
- Dalam konteks Malaysia, RRJP3 (2000-2010) mendefinisikan ekonomi berasaskan pengetahuan bersandarkan kepada milikan, penggunaan, dan penyebaran pengetahuan dan perkara-perkara ini dianggap sebagai asas pertumbuhan ekonomi.
- Menurut Noll (2000) 4 FAKTOR/CIRI k–ekonomi ialah
- modal intelek:
menjadikan idea dan pemikiran sebagai modal utama menggantikan tanah
- teknologi maklumat dan
komunikasi: gabungan penyiaran, telekomunikasi dan multimedia mempunyai
kesan pengganda ke atas ekonomi dan meningkatkan akses kepada maklumat dan
pengetahuan sekaligus memantapkan produktiviti
- globalisasi:
persaingan menjadi sengit oleh itu firma perlu menggiatkan inovasi untuk
bersaing
- ekonomi maklumat: mendorong perkembangan penyelidikan dan pembangunan dan
mendorong individu menghasilkan, memindahkan dan menggunakan pengetahuan dengan mudah dan pantas.
- menurut Laporan Tahunan Bank Negara 1999 terdapat 3 aspek yang membezakan K-ekonomi dengan P- EKONOMI
- k-ekonomi beri tumpuan
kepada pengetahuan sebagai pendorong pertumbuhan ekonomi
- k-ekonomi merangkumi
perubahan kualitatitf dan kuantitatif yang mengubah cara ekonomi beroperasi.
Seseorang perlu menggunakan intelektual, maklumat, budaya pembelajaran dan
organisasi yang dapat bergerak pantas
- firma dalam k-ekonomi
lebih membuat pelaburan dalam modal manusia, penyelidikan dan pembangunan,
serta perubahan teknik perniagaan melalui elektronik seperti e-dagang.
- Maka k-ekonomi memerlukan modal manusia yang berpengetahuan dan sanggup menimba pengetahuan secara berterusan bagi menigkatkan pengetahuan dan kemahiran baru
1.1
Perubahan peranan modal manusia
- pengeluaran tradisioanl menekankan kuantiti manusia sebagai faktor pengeluaran penting. Tetapi kini pengetahuan dan teknologi dianggap faktor pengeluaran penting.
- oleh itu, kesediaan pengetahuan dan kmajuan teknologi dalam negara bergantung pada kesediaan sumber manusia yang berkualiti atau memiliki modal yang tinggi
- sesebuah negara perlu merancang pelaburan modal manusia bagi melahirkan modal manusia yang sesuai dengan tahap pembangunan negara.
- Maka infrstuktur pendidikan dan latihan perlu lebih responsif kepada perubahan pembangunan dn mampu mengeluarkan manusia yang sesuai dgn keperluan negara
1.2 Pencapaian pendidikan dikalangan tenaga kerja
- k-ekonomi memerlukan tenaga kerja yang berpendidikan.
- Pencapain pendidikan tertiari di Malaysia masih rendah. Tahun 2000 kurang 14% mempunyai pendidikan tertiari.
- Pertumbuhan tenaga kerja peringkat ini juga bergerak perlahan dari tahun 1990-2000
1.3 Komposisi pekerja berasaskan pengetahuan
- Pasaran buruh Malaysia terdiri daripada kurang 12% pekerja peringkat profesional dan teknikal
- pekerja pentadbiran dan pengurusan dalam lingkungn 4%
- Maka jumlah peringkat tenaga kerja peringkat tinggi 16% jauh lebih rendah berbanding Singapura 22.3%
- komposisi peringkat operator pengeluaran adalah tertinggi di Malaysia menunjukkan ekonomi masih berintensifkan buruh
1.4 Kemajuan aktiviti penyelidikan dan pembangunan
- Perbelanjaan kerajaan dlm penyelidikan, bilangan saintis, jurutera, dan juruteknik masih jauh lebih rendah berbading negara maju
- Pendidikan tertiari terutama universiti sepatutnya diarahkan menghasilkan lebih ramai saintis dan jurtera tetapi apa yang berlaku bidang sains sosial lebih ramai berbanding teknikal.
- dlm k ekonomi penyelidikan dan pembangunan sangat penting bagi menjana idea baru dan menggalakkan inovasi serta menggiatkan sektor perkhidmatan serta sokongan.
1.5 Penawaran dan permintaan tenaga kerja ICT
- Ciri ekonomi berasaskan pengetahuan ialah meningkatkan peranan aktiviti berasaskan komputer.
- maka peranan sektor perkhidmatan dalam bidang ICT meningkat
- Agenda IT dan Koridoraya Multimedia bertindak sebagai asas kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.
- wujudnya e-comerce, e-learning, e-comunity menyebabkan berlaku peningkatan permintaan tenaga kerja ICT
- Namun statistik menunjukan keluaran tenaga kerja bidang ICT lebih rendah daripada yang diperlukan
- oleh itu pelaburan modal manusia mengambil kira keperluan tenaga kerja ICT yang meningkat dengan meningkatkan pengambilan pelajar dalam bidang berkenaan
1.6 Penyesuaian pelaburan modal manusia
- sistem pendidikan dan latihan perlu lebih responsif terhadap keperluan ekonomi negara untuk masa kini dan masa depan.
- ekonomi berasaskn pengetahuan telah meningkatkan guna tenaga yg lebih berpendidikan dan berkemahiran
- dasar kerajaan pula menyediakan kemudahan mendapatkan latihan dalm berbagai bidang.
- amat penting institusi pgajian mengalakkan pelajar membina pengetahuan, menyelesaikan masalah dan menggalakan kerja berkumpulan.
1.7 Implikasi dan dasar
-penggunaan teknologi moden.
-firma digalakkan menggunakan tenaga buruh
berpendidikan tinggi
-institutsi pendidikan perlu responsif dengan keperluan
-aktiviti R&D perlu dipertingkatkan untuk penghasilan
penciptaan baru
-kerajaan perlu meningkatkan perbelanjaan dalam
penyelidikan ,
-meningkatkan penubuhan institusi teknikal
- mewujudkan latihan secara formal dan tidak formal dalam
firma oleh majikan.
-kajian pasaran buruh secara berterusan utk mngenal pasti
keperluan buruh
-perubahan dalam pelaburan modal perlu selari dengan perubahan peranan sumber
manusia
en.joe , sy ada ambil mklumat dr blog en ni.
ReplyDelete👍
ReplyDeleteizinkan saya mengambil maklumat dari blog tuan. Terima kasih
ReplyDelete