BIL
|
PERKARA
|
RINGKASAN
|
1
|
TANAH
|
RM50 juta. Menubuhkan Tribunal Tanah
Sabah bagi menyelesaikan pertikaian Tanah Adat Hak Bumiputera(NCR).
RM2 bilion. Menguruskan tanah terbiar
dan menghapuskan kemiskinan tegar(dalam tempoh 5 tahun).
RM350 juta. Menggalakkan pendekatan
pertanian bersepadu berdasarkan makanan dan tanaman kontan serta disokong
industri hiliran.
Mengkaji
semula perjanjian Felda berdasarkan objektif asal di Sabah.
Memperkenalkan
premium nominal bagi melanjutkan tempoh pemilikan tanah sehingga 99 tahun
bagi pemilik tanah.
|
2
|
KEBAJIKAN RAKYAT
|
RM6 juta. Bayi baru lahir menerima RM200
melalui Tabung Anak Sabah (TAS).
RM20 juta. Warga Emas menerima RM200
melalui Skim Mesra Emas (SME), mengurus pengkebumian RM2,500.
RM60.6 juta. Air percuma 20 meter
padu kepada semua pengguna meter individu.
RM55.5
juta. Setiap keluarga setiap bulan menerima 1 silinder gas
percuma dan 2 kampit beras 10kg.
RM200 juta. Tabung Warisan Sabah
(TWS) bagi program membasmi kemiskinan.
RM40 juta. Skim Bantuan Perubatan
bagi mewujudkan ‘Treatment Transit Hostels’.
|
3
|
SISTEM PERHUBUNGAN
|
RM1.5 bilion. Dalam tempoh 5 tahun
untuk meningkatkan kemudahan dan infrastruktur pelabuhan di Kota Kinabalu,
Sepanggar, Sandakan dan Tawau.
RM50 juta. Menyediakan perkhidmatan
internet percuma di bangunan milik kerajaan negeri dan lokasi awam di bandar.
RM200 juta. Meningkatkan sistem
pengangkutan awam termasuk memperkenalkan Sistem Bus Rapid Transit(BRT) di
Kota Kinabalu.
RM100 juta. Pengembangan rangkaian
keretapi melibatkan 50km dari Tenom ke Keningau.
RM5 bilion. Membina, menaik taraf
5,000km jalan raya dalam tempoh 5 tahun atau 1,000km setahun.
RM200 juta. Projek penjanaan elektrik
melibatkan tenaga boleh diperbaharui terutama untuk mini hidro penjana dan
panel solar kos rendah.
RM200 juta. Penyediaan rawatan air.
RM100 juta. Meningkatkan perkhidmatan
sistem perkhidmatan udara bagi menghubungkan pedalaman ke bandar utama.
|
4
|
TAMBAH PENDAPATAN RAKYAT
|
RM648 juta. Pelaksanaan gaji minimum
RM1,100 kepada pekerja secara berperingkat dalam 5 tahun.
RM1 bilion. Menubuh syarikat minyak dan
gas sendiri.
RM100 juta. Menubuhkan Lembaga
Industri Agro Sabah bagi menggalakkan aktiviti hiliran.
RM70 juta. Menaik taraf pengairan
untuk menambah pengeluaran pertanian.
RM50 juta. Menggalakkan Perusahaan
Industri Kecil Dan Sederhana (PKS) melalui Tabung Pembangunan PKS.
RM25 juta. Meningkatkan pengurusan
hutan.
RM300 juta. Peruntukan awal membina
50,000 unit perumahan awam berharga kira-kira RM50,000 sebuah.
Memansuhkan
dasar kabotaj dan dasar lain yang bersifat monopoli termasuk gula,
pasir, getah dan pengeluaran simen yang menyebabkan kos barangan dan
perkhidmatan meningkat.
|
5
|
MASYARAKAT TEMPATAN
|
RM50 juta. Peruntukan bantuan sekolah
vernakular, agama, bantuan kerajaan dan persendirian.
RM2,000. Kepada pelajar yang
keluarganya berpendapatan kurang RM2,000 sebulan melalui Skim Graduan Anak
Sabah (SGAS).
RM50 juta. Penyediaan biasiswa.
RM150 juta. Untuk rumah ibadat
termasuk masjid, gereja, kuil.
RM3 juta. Bantuan naik haji.
RM10 juta. Untuk badan-badan bukan
kerajaan (Ngo) yang melakukan khidmat sosial.
RM40
juta. Untuk mempromosikan kepelbagaian budaya.
RM40 juta. Untuk pemeliharaan budaya
dan warisan Sabah.
RM20 juta. Untuk menubuhkan TV Sabah.
RM20 juta. Membantu Orang Kelainan
Upaya (OKU), warga emas dan ibu tunggal.
RM2,000. Kepada pengantin bagi
perkahwinan kali pertama.
RM50 juta. Kepada Pihak Berkuasa
Tempatan bagi perangi jenayah dan memasang kamera litar tutup (CCTV).
RM100 juta. Memeliharan dan memulihara
alam sekitar.
RM10 juta. Menggalakkan aktiviti
eko-pelancongan.
|
·
Jumlah Belanjawan Pakatan Rakyat Sabah = RM7.284 Billion
·
Jumlah Belanjawan Barisan Nasional Sabah = RM4.088 Billion
No comments:
Post a Comment